Friday, December 23, 2011

LOVE@UITMSHAHALAM.COM

... Hype ...

Da nak habis satu semester aku kat UITM Shah Alam.
Tapi ni kali pertama aku nak kenalkan my classmates kat readers sume.
Sebelum ni bukan tak nak kenalkan tapi aku tataw nak cerita apa. Takkan aku nak bagi biodata diowang sebijik2 macam yang korang selalu buat masa akhir tahun kat sekolah rendah dulu tu kan.
Aku pun malas nak menaip panjang2. SAVE ENERGY... ;)

Haaa... Neyh la classmates aku yang sangat2 ha vogue!

Aku salah seorang student Multimedia Computing CS233 Part1.
Kelas ada 12 orang. Boleh tahan jugak la semua manusia dalam kelas aku ni.
Bak kata orang utara, HINGAQ jugak la.
Seronok bila ada classmates yang boleh jadi kawan yang gila2 ni. Senang nak discuss sebab ,aca, dah ada chemistry antara kami... Acececeh!
Tu la, Si gegirl semua sangat lah bersemangat sampai ada yang sudi sediakan sarapan untuk ahli kelas. And yang lelaki hensem2 neyh pun boleyh bagi kerjasama dengan baik. Bagus2! Thumbs up untuk uols... ;)


"Less Is More" Motto kelas kami... ;)
Gambar2 neyh semua di snap masa nak amek gambar kelas... Ada brader fotografer tu snap. Cun gak dye nyer skill. Dah name pown fotografer kan.. And aku edit sikit2 sebab nak tutup makhluk2 yang ada kat muka semua. hehehhe.. Peace yaw!

Dah nak final. Lagi dua tiga minggu jew... So, aku nak wish uols semua gudlux and all the best.
Semoga kita semua berjaya and semoga segala usaha kita diberkati Allah dan dibalas dengan kejayaan kita nanti. InsyaAllah dan Amin... ;)

That's all... Papai..

Thursday, December 22, 2011

A GIRL AND A RED ROSE

" Roses are red violets are blue, Love never crossed my mind until the day i met you! "



I love and really interested to a scene that happened in front of me.
Scene where a boy gave a Red Rose to a cute girl.
Such a romantic scene!

Boy sangat romantik bila bagi sekuntum ros untuk girl.
And a girl boleh jadi sangat GILA apabila terima sekuntum ros daripada seorang boy yang special in her life.
Tambah2 kalau itu adalah pertama kali dia terima ros daripada orang yang sangat disayanginya.


Betul cakap orang ramai di seluruh dunia...
A RED ROSE can make a girl smile the whole day...
Ha Ha!

p/s: Bagilah bunga, tak kisah apa jenis bunga sekalipun. Bunga tahi ayam pun boleh kalau si dia yang bakal terima bunga tu suka bunga tahi ayam kan. Tak kisah lah siapa girl tu. Mak, Makcik or Awek uols. Yang penting uols rasa dia sangat special and layak untuk terima a Red Rose from uols... :p

Papai...

Friday, November 18, 2011

CINTA GAJEBO

... Hype ...


Satu hari, sepasang kekasih yang sangat sengal + sweet sedang duduk di sebuah gajebo.
Si Boboy sedang menceritakan kisah silam nya yang pernah menjalani beberapa pembedahan.
Ini merupakan kali kedua Si Boboy bercerita tentang cerita yang sama tetapi sebab Si Gegirl neyh suka dengar so dye layan jela.

Boboy mulakan ceritanya dan Gegirl dengar sambil tatap muka Boboy yang dicintainya tuh.
Boboy pernah lalui operation kira2 8 tahun yang lepas.
Hempedu and sebahagian hati Boboy telah dibuang akibat satu penyakit.
Sedang asyik Boboy bercerita, tiba2 Gegirl gatal mulut pulak nak tanya soalan.

Gegirl :: Boboy, baru Gegirl perasan. Hati Boboy sekarang neyh ada separuh jela kan?

Boboy dengan slumber dan sepantas kilatnya menjawab...


Boboy :: Eh... Taklah... Sekarang hati Boboy dah penuh...

Gegirl sangat terkejut dengan muka yang pelik bertambah hairan kerana tidak pernah Si Boboy bercerita tentang si penderma hati.

Kemudian... Si Boboy menyambung ayatnya dengan muka yang pebuh sweet dan sangat romantik...

Boboy :: Sebab gegirl dah penuhkan hati Boboy dengan cinta...

The End..

Papai...

Tuesday, November 15, 2011

WHAT HAPPEN TO ME?

... Hype ...

Malas nak taip panjang2. (See, memang pemalas betul!)
Aku nak cakap aku dah jadi seorang budak cute yang comel dah jadi pemalas.
Nak gemokkan badan dengan kerja utama sekarang, MAKAN and TIDUR.

For the first time, aku malas untuk main bola tampar.
OMG!!!!
What happen to?
Sanggup tinggalkan sukan FEBERET tu?
Semua jawapan masih tertanya-tanya dalam kepala hotak aku neyh.

Okeyh.. Tu jew untuk kali neyh...

** Actually aku tak ada idea nak conteng apa kat blog neyh **

Papai...

Friday, November 11, 2011

CUTI MID-SEM 2011


… Hype …

Dah lebih seminggu aku kat rumah yang tercinta ni.
Cuti mid sem pun dah nak habis. Tinggal lagi dua hari je.
Aku balik dulu naik bas selama 13 jam perjalanan.
Tapi aku rasa berbaloi sebab rindu aku pada kampong halaman, especially pada parents, adik, and kucing aku dah terubat.

About my lovely cats. Okey, dah ada dua ekor kucing kat rumah sekarang ni. Yang paling aku terkejut, Coco dah sangat besar. Gemuk gila. Dulu Coco neyh kurus jew. Hehehhe… Memang setiap hari kena penyek dengan aku lah kan. Nasib kau lah sebab aku rindu kau. Hahhahahha. Yang sekor lagi namanya Puteh. Memang comel je badan dia. Putih habis. Setiap hari aku bangun pagi dua ekor ni yang aku cari dulu.
Ni My Coco.... =) 
** Pic Puteh tak ada sebab tak sempat nak snap...heee~

Hari Raya Aidiladha memang seronok lah bila ramai yang berkumpul kat rumah aku. Okey wait! Rasanya belum terlambat lagi kalau aku nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...
Walaupun family aku kecil tapi setiap kali hari raya rumah aku ni lah yang jadi tempat perkumpulan ahli keluarga yang lain. Jadi tak sunyi lah hari raya kami.

Bila dah ada kat rumah, makan memang banyaklah kan. Aku hentam and sumbat je perut ni sampai dah tak larat nak makan dah. Juadah hari raya yang paling utam and wajib ada ialah nasi himpit and kuah kacang. Mama aku masak sendiri. Perrrgghhhh!!! Sedap gila! Kalau tak caya, korang boleh tanya sedara mara aku… (Kalau korang kenal lah kan…hehehhe). Pagi hari raya aku makan bihun goreng, nasi himpit, kuah kacang, ketupat (sebijik je), rendang ayam, and macam2 lah.
Ni rendang ayam... My mama yang masak.. Yummy..
Ketupat ni sedara yang bagi sebab kat rumah memang tak pernah wat sendiri...
Makanan wajib ada setiap hari raya... Kuah kacang and nasi himpit....
Tengok pulak orang sembelih lembu. Alahai… Kesian betul! Nasib kau lah jadi lembu kan. Memang kena sembelih lah citernya. Hari ni memang papa aku akan jadi hero sebab dia sangat lah pro dalam hal sembelih ni. Waaa….. My daddy is a hero! Cayalah!
Ni papa aku... See, Dia setelkan lembu ni sorang2 je.. Hehehhe
Okeyh, stop story about Hari Raya.
Bila dah ada kat rumah, aku macam biasalah, segala mak nenek assignments akan dilupakan.sebab kat rumah aku nak rehatkan otak yang bakal diperah lagi kat kampus nanti.
Kerja aku kat rumah online 24 jam – makan minum-tidur – mandi and segala bagai yang berkaitan.
So, cuti pun dah nak habis. Hari Sabtu, 12Nov2011, Aku naik nas ke Seremban pukul 8malam...

Papai...

Thursday, November 10, 2011

JUST TO REMIND YOU GIRLS

... Hype ...

Now aku at rumah... Holidayyyyyy!!!
Oppss! Over pulak.. Sorry to mane2 pihak yang tak dapat holiday lame...
Okeyh, aku taknak merapu banyak2, now backo to our topic....

This time, entry neyh tentang satu nasihat untuk girls yang ada boyfriend...
Aku highlight kan kat sini once again... GIRLS YANG ADA BOYFRIEND...
(Termasuk lew diri aku, so entry neyh pown untuk ingatkan diri aku sendiri)
So kalau yang still single tu tak payah lah nak terasa or apa2 yang sewaktu dengannya..

Aku bukan nak jadi pakar cinta or doktor cinta bila nak bagi nasihat neyh...
Aku pown bukannnya nak bajet sangat macam pro habis lam cintan cintun neyh...
Tapi aku nak bagitaw ikowt aku nyer pengalaman...
Bajet pulak macam banyak sangat pengalaman minah neyh...
Argghhhh!
What Ever lah yang korang nak fikir...
Yang penting neyh blog aku... Suka hati aku nak watpe....

Aku nak nasihatkan korang, girls... Kalau dah ada boyfriend aka pakwe aka balak....
Korang tak payah lah nak bajet macam laki tuh paling hot, paling handsome, paling digemari wanita lain and paling semua lah...!
Maksud aku kat sini, korang tak payah lah nak gi serang girls lain yang rapat dengan boyfriend ko tuh...
Tak payahla ko nak bajet macam semua pompuan kat dunia neyh nak amek boyfriend ko...

Aku cakap macam neyh sebab baru2 neyh aku dah kena serang dengan SEKOR MINAH GILA...
(Sorry TERkasar pulak)
Dia bajet macam aku nak rampas boyfriend dia sebab aku letak caption gambar pasal laki tuh...
Tiba2 jew dia serang aku and cakap aku keluar dengan boyfriend dia segala bagai..
Aku nak cakap, ko tak payah lah nak bajet gangster sangat nak mencarut2 kat facebook orang sebab benda yang kecil macam neyh...
Ko tak payah lah nak bajet macam heroin lam filem hindustan...
Kalau ko tuh pandai jaga boyfriend, takde maknenya laki tuh nak cari and usha girl lain...
So ko tengok ar diri ko kat depan cermin...

Aku dulu pown pernah gak jadi macam neyh... Semua sebab rasa jealous...
Tapi bila fikir balik memang takde guna pown ko gi serang2 orang...
Cuba duduk depan boyfriend ko and bincang leklok...
Kan boleh setel...

Ko nak wat sesuatu benda tuh guna otak... Jangan guna emosi...
Kalo ko guna emosi nanti nampak kebodohan diri sendiri...
Lagi satu, bila ko serang orang yang tak salah, nanti ko akan naikkan kemarahan orang tu...
Tambah2 orang macam aku neyh... Pantang kena serang...

So, lastly aku harap ko fikir lew leklok...
Tengok balik diri sendiri...
Tu baru boyfriend... Belum tentu jadi suami ko pown lagi...
Wat lex, wat chill sudah....

Papai....


Monday, November 7, 2011

MY SUPERHERO.. DORAEMON...

... Hype ...

Hoohohohoohoh..
This time, aku nak share pictures Doraemon pulak..
Aku baru jew taw Doraemon neyh dah boleh jadi Superhero...
*Okeyh sangat ketinggalan zaman*
What Ever!!! Aku punya hal lah kan... kikikiki
To all Doraemon's Lovers, neyh aku adew jumpa pictures yang comel2...




















Papai..;)

Sunday, November 6, 2011

OH SI DOMO KUN

... Hype ...

Si Domo Kun neyh memang sangat cumel okeyh!
*Mesti korang pown fikir benda sama macam aku jugak kan! Jangan nak tipu...;P*
Sedang aku terleka, terhibur, and tersegala lah yang boleh menggambarkan kehappyan aku neyh meREBLOG pictures kat Tumblr.
Tiba2 aku tenampak banyak gila pictures Domo neyh..
Macam2 gaya dan yang paling penting, sangat cumel...
Here are some pictures yang aku nak share dengan korang semua..
Especially to Domo's Hard Fans...
Enjoy okeyh!

Playing chess... Cute!
Oh no!! It's too hot... grrrr...
I'm proud to be with you Domo...
I'll never eat this cookies... They are too cute okeyh!
The most handsome Domo Kun
I need some water.. Starbucks please... ;)
Listening to music.. Lalallallala...
Oh God!! Aku jadu Mumia????
RAWR!!!

Papai... ;)

Friday, October 28, 2011

555 CINTA KLCC

... Hype...


Tepat jam 5.55 petang..
( Tengok jam at Menara Maxis tu okeyh! )
 Seorang lelaki wat something yang sangat sweet kat awek dye...
Awak tengok menara tu... Menara tu ada dua...
Satu untuk awak, satu untuk saya...
Awak nampak jambatan tu? Jambatan tu penghubung kita...
Awak rasa penghubung kita boleh terputus tak?  "

So sweet!!!

Papai...

Thursday, October 27, 2011

SEMPOI...

...Hype...

...Entry yang sangat sempoi...
Aku suka keadaan sekarang... Happy and relax...
Tadew tensen2 macam kat matrik dulu...
Assignments banyak tapi boleh siapkan dalam keadaan cool...

Thanks to God sebab bagi orang2 yang sekeliling aku neyh semua baik2...
Semua yang boleh bagi aku senyum...

p/s: Actually aku tataw nak wat entry pasal apew.. so that's all for this time..

Papai...

Thursday, October 20, 2011

DISAPPOINTED!!!!!!



Damn!! Asal camni hah!
Mentang2 kau jauh, then ko boleh lupa bestfriend yang ko cakap takkan lupa neyh?
Ko tahu tak camne aku rasa bila dapat tahu berita yang akan wat ko bahagia dari mulut orang lain?
Ko tahu tak camne aku kecewa sebab ko sepatah haram pown tak gitaw aku?
Ko tahu tak aku rasa sangat bodoh sebab always anggap ko lah bestfriend forever aku?

Nasib baik adew jugak yang gtaw.. Kalau tak sampai bila entah baru aku dapat tahu..
Thanks so much la my dear "BESTFRIEND FOREVER"...
Aku always doakan ko happy sampai anak cucu...

Papai!

Friday, October 14, 2011

TIRED

Huuuuuuuuuufffffffffffffff!!!!!!!!!!!


Aku rasa macam nak tidur sepanjang minggu...
Seminggu neyh aku sangat busy dengan banyak giler kuiz..
(Setiap hari kompem adew satu or dua kuiz...)
Aku da terlampau penat sampai badan dah sakit2 dah...
Next week adew pulak test...
Tambah pulak dengan kuiz2 yang masih tertinggal...
Kalau lah sepuluh minggu macam neyh, aku dah tayah makan nasi sebab dah kenyang dengan telan kuiz2 tuh sume....

Papew pown, doakan aku boleyh cemerlang kat UITM SHAH ALAM neyh okeyh!

Papai...

DAMN!! MISS YOU!!

Hype guys!


What's wrong with this cutie sweetie girl! I really miss my matriculation friends!
Miss you all damn much!!
Bukannya aku rindu korang sebab time neyh aku ada masalah...
Aku pown tak tahu kenapa, mengapa, why, and papew yang sewaktu dengannya, tiba2 aku jadi rindu korang tahap babun punya nenek!
*Okeyh stop it! Aku pown tak paham ayat kat atas neyh!*

Aku teringat time kita sume lepak same2, gelak macam hantu raya...
Bila time nangis, sume muka macam nenek kebayan yang tak tidur sepuluh tahun...
Mata sembab, dengan eye-back yang macam panda tapi tataw kung-fu...

Aku nak sangat jumpa korang SEKARANG!
Tak tahu dah nak cerita macam mana....
Kalau dulu ada problem jew terus cerita kat Nabella Anuar or Eyra...
Pastu sume sebar2 kat dalam RibbonGirls punyer group...
Sume dapat rasa masalah walau sikit sorang!

Aku rindu kita sume tidur himpit2, panas giler, bentang tilam kat lantai...
Tengok movie sampai sume tidur ternganga mulut...

Tapi sekarang aku cam sorang2...

Yang aku ada kat sini Intan jew... Nasib baik ada Intan..
Boleh jugak teman sembang2, jalan2 keluar, gosip2...
Kadang2 kami rasa macam lesbian dah asyik dating berdua jew...
Hahhahaha...

Now aku harap sangat boleyh jumpa korang dalam masa terdekat neyh....

Korang luangkanlah masa untuk kita sume jumpa balik!

Papai...

Saturday, October 8, 2011

UNTUNG LAAA~

Assalamualaikum...

Wassup! Hahhahha...
Macam hyper-active jew kali neyh...
Aku nak cerita neyh pasal aku belajar petik gitar...


Mula2 aku tengok rumates aku maen natang tuh cam best giler.. diowang pown cam expert jew an...
Aku neyh dah ar lame giler dah dok pendam nak men gitar neyh...
Pakchekk Syafiq adew tingga gitar dye kat aku...
So aku pown blajar lew...
"Bapak ah! Sakit giler seyh jari jemari aku yang lembut lagi gebu neyh!!"

Aku baru belajar satu kod tapi jari sakit dah macam maen berjuta lagu dah... Hahhahahhhaa....
Tapi tak pew aku akan gigih berusaha... Bak kata oramg2 tua, Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian... Aceeeewwwaaaaaaahhhhhhhhhhhh!
Berpepatah pulak aku kan? Bese lah, dulu nak jadi guru BM tapi dah terbantut okeyh!

Yang paling aku teruja dengan rumate aku sorang neyh, dye siap cari cord gitar lagu CINTA MUKA BUKU ageyh untuk aku sebab dye cakap aku suka lagu tuh.. Hhohohoho...
Thanks to Olga aka Agnes Monica... wiiiweeeettt!
Si Fatin pulak suggest lagu2 yang paling senang untuk aku mula maen... Cayalah korang!
Aku adew dua orang mentor gitar seyh!!!

Kome sume neyh doa lah yerk supaya aku neyh cpt belajar gitar neyh... Nanti aku lak ganti Najwa Latiff neyh... Maybe aku boleyh wat lagu CINTA GOOGLE lak kan....
hahhahhahha!

Okeyh guys!


Papai!

Wednesday, October 5, 2011

REALITI KEHIDUPAN

Assalamualaikumm....

Realiti yang kena terima bila jadi manusia yang ada kawan2...
Tak semua kawan yang ko ada tuh boleh tolong ko masa ko susah... Ada yang boleh jadi and dipanggil kawan masa ko senang jew...
Tak semua kawan yang ko dok bersama ke hulu ke hilir tuh boleh jadi bahu tempat ko berpaut masa ko ada problem...

Ada jugak kawan yang akan tinggal kawan semata2 kerana sorang awek or balak... Yang neyh memang ramai lah kowt...
Ko yang mana terasa, aku harap sangat ko sedar... Kawan yang ko dah lama kenal neyh ko boleh tinggal jew cam sampah bila dah ade Couple yang konon nya sayang sangat... Tapi ko kena fikir balik... Bila ko gaduh or clash dengan couple ko tu, nape ko mula datang dengan muka tak bersalah, cari balik kawan yang ko tinggal tadi? Fikir leklok!
Kawan jugak lah yang ko mula nak mesej balik, call, ngadu masalah ko...
Dulu ade couple pandang pown tak mahu! Kalau boleh berjalan tak nak sentuh kaki kat bumi.. Punya lah berlagak adew couple...
*Bajet macam couple ko tuh cantek or hensem sangadddd!

Ada jugak kawan yang kan cari kawan just bila bosan! Sengal punya kawan!
Ko bajet cam kawan ko neyh tempat tok ko layan bosan ko tuh?

Aku neyh bukan post entry neyh untuk korang si pembaca sahaja... Aku pown nak ingatkan diri aku jugak supaya tak lupa kawan2 yang banyak support aku...
Aku harap yang baca neyh jangan dok simpan jarum yang patah dalam hati pulak...
Sama2 kita renungkan diri kita kat mana kita berada sekarang....
Sayangilah kawan kita sampai bila2...

Monday, September 19, 2011

TIDUR DALAM PETI AIS!

Assalamualaikum..

Fuhh!! Kem 2 hari 1 malam... Program Pemantapan Wawasan aka PPW at INTEC memang syioookk giler....
Sampai jew terus masok dewan and adew ceramah... ceramah... ceramah.... ceramah.... sampai cair taik telinga neyh.... Korang adow??

And yang paling penting aku tidur dalam PETI AIS...
Haaaa.... korang adow?? Aku kompem korang tadew nyer ahh....
Korang tayah lew dok wat muka cuak + terkejut sangat...
Peti ais tuh aku maksudkan dewan yang sangat sejuk dek kerana *ayat nak skema macam A.Samad Said* aircond yang sangat sejuk..
Aku pown tak paham nape diowang taleyh nak tinggikan suhu tuh sket...
*Maybe tuh jew yang paling tinggi kowwttttt!*
Bangun pagi jew satu badan macam patung salji dah aku rasa....


Okeyh lah tuh kan.... At least PPW neyh adew gak bagi aku pengalaman tidur dalam peti ais...
Alhamdulillah dapat jugak pengalaman berharga neyh.. Wakakakka...
*Walopon banyak gila ceramah yang diowang bagi, tapi neyh jew yang aku dapat... hahhahhaa*
To akak2 and abg2 fasilitator.... Thanks and sowie.. kadang2 adew gak aku neyh TERlentokk... sebab ceramah tuh syiookkk giler.. hahahhah

Okeyhlah... Aku nak gi makan.. perut dah lame nyanyi lagu Cinta Muka Buku neyh.. Kembang dah telinga aku nak dengar nya...

Papai...



Wednesday, September 14, 2011

HIDUP AS A MAHASISWI...

Assalamualaikum....

Hello guys!! Long time aku tak post entry..
Bese lah weyhh... Aku now at uni.. Of cos lew busy giler...
Orientation week sangat seronok! Sangat penat.. Dulu at KMK punyer ar rasa macam tuh ar orentasi yang paling terok pernah adew tapi dah masuk sini aku rasa adew yang lagi memenatkan! Hahahha...

Nak jadi manusia Jakun jap:

Hampa suma nak taw dak.. Kat sini, kami adew dewan yang besaq sgt... sejuk gilerr...Kami duk dengaq taklimat sampai beku kaki and seluruh anggota badan neyh ha! Korang adoww???
hahhaha *tiru gaya En.Syafiq*

Okeyh stop jadi jakun!
Now aku nak cerita pasai fakulti pulak...
Aku and classmates sangat happening! Memang seronok hidup macam neyh...
Satu jew kelas budak2 multimedia programming..
Dalam kelas aku pulak adew 3.. aku ulang, TIGA orang sahaja lelaki... *suma hensem2!* hahahhaha

Roomates?
Alhamdulillah perkara yang paling aku risau dah terjawab... Aku dapat roomates yang same macam aku kat hostel sebelum neyh... Sume okeyh!
Aku adew roomate from Pahang, Selayang and Sabah bah... Yang dak Sabah tuh mukanya sebijik macam Agnes Monica okeyh! Once again aku repeat dengan rasa bangga nya,
AKU ADEW ROOMATE MUKA SEBIJIK AGNES MONICA!! Hahahahha...
Korang adoww??? *Once again saya pinjam ayat awak yew En.Syafiq*

Aku memang akan jadi ikan kering pasni... Hari2 jalan jauh giler nak gi kelas... So korang jangan nak wat muka terkejut and jeles bila jumpa aku nanti sebab aku akan jadi slimmm tanpa perlu kew London Weight Management... hahhahaha

Okeyh lah.. That's all for this time... See u all next time!

Papai...

Wednesday, August 31, 2011

FIRST DAY OF LEBARAN

Asslamualaikum...

Fuhhh! Seronok... MyEid is awesome!

...with my lovely sister...

Neyh list aktiviti yang Liena wat hari neyh, first day Hari Raya Aidilfitri..

*  Solat raya
Pergi ziarah kubur arwah pakcik and atok
Layan family and tetamu yang datang rumah
Online mukabuku
Tunggu member yang tak datang2 sebab adew problem transport
Pergi beraya rumah member sepupu

Makan????
Alhamdulillah... Hari raye neyh Liena memang murah rezeki..
Dua tiga hari lepas, Liena dok mengidam sangat nak makan Rempeyek and Tapai Beras...
And lastly dapat jugak makan kat rumah member sepupu.. *Naseb baek ikowt sepupu beraya....*
Walaupun lalu jalan yang sangat scary, tapi tapew sebab dah puas hati and tak kempunan...

Petang tadi pulak dapat makan Roti Jala and Rendang Ayam... Yummyy.. Yummmyyyy....
Dah lama gila kowt tak makan roti jala... Puas hati dah.. hehhehe *Senyum lebar..*
Thanks so much to my lovely Auntie....

Duit Raya??? Ofcoz la dapat... ngeee~
Sape cakap umur 19 tahun dah tak boleh dapat duet raya?
Age is just a number... =)

Tomorrow akan datang lagi sedare mara yang lain... Bersiap sedialah wahai Liena..

Papai...

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum...

Hype semua...
Hari neyh, first day puasa.. Excited gila kowt... hehehhe
Tapi penat sikit lew... Biasalah, mula2 kan..
Tapi apa yang buat aku sangat2 excited is, after
6 years, neyh kali pertama aku dapat menyambut bulan mulia ini full 1 month dengan keluarga tersayang...

Semenjak aku form 1 paling lama dapat berbuka dengan family pown 3  hari.. Tu pown masa cuti sebelum raya... Sob... Sobb..Sobbb...

Tapi bila kat rumah neyh teringat pulak gelagat puasa kat sekolah dulu..

Tiba2 teringat kembali kisah...

Di MRSM GERIK.....


Petang after prep, pergi surau An-Nur untuk solat asar and tadarus Al-Quran.. *Alhamdulillah...;)
Then masa mula2 memang semua semangat bertadarus tapi bila dah lepas satu jam,semua terlampau khusyuk pulak sampai adew yang muka tersembam ke lantai.. *tidur maksudnya
Ada jugak yang berlari2 nak ke dewan selera, rajin pulak nak tolong ambil makanan untuk berbuka.. *taktik nak lari dari surau cepat..

Kat kafe, semua berebut-rebut nak beli ayam percik and murtabak maggie.. *bapak nyer famous ar time neyh..
Time tunggu azan maghrib pulak semua dok sembang and datang lew ustaz suh zikir... hahhhaa...

Di MRSM TGB...

Waaaaaaaa.....
Neyh suasana dah berubah sikit... Semua dah besar panjang kan..
Time nak azan maghrib baru lew semua keluar dari hostel. Kalau tak, kawasan maktab macam takda orang..
Yang paling best memori kat TGB neyh time nak solat terawih..
Adew jew yang nak larikan diri... Sampai adew yang kena solat kat luar, atas jalan tar...
Haahhahahhaha... Terbaik siottt!

Di Kolej Matrikulasi Kedah...

Balik kelas pukul 4 petang...
Aktiviti pertama ialah tidur...... Sampai pukul 6 petang...
Then pergi pasar Ramadhan KMK untuk beli makanan...
Kadang2 ada jugak terlambat and makanan habis.. Mood nak berbuka hilang terus..!
Paling best bila berbuka dengan Ribbongirls....!

Itulah kisah berpuasa sepanjang 6 tahun aku study... Jauh dari family... huhuhuhu
Rindu sangat2 kenangan time neyh... Sekarang kat rumah, aku nak buat kenangan dengan family pulak....
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..

Akhir kata, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat beramal kepada semua umat Islam...


p/s: Selamat berpuasa kat tempat baru to my bestfwen.. IKHWAN ASYRAF...;)
Papai...

Tuesday, April 19, 2011

WASIAT HARI TERAKHIR AKU

Assalamualaikum...

Arrgghhhh!!



I hate this feeling. Selalu nak kena adew rasa sedih.
Masa2 and saat terakhir macam, memang aku benci gila.
Esok , 20April11.. Hari terakhir aku kat bumi KMK neyh..
Kenapa pertemuan adew perpisahan!!!
Kalau dalam entry dulu aku adew cakap aku taknak keluar KMK tapi sekarang neyh aku sendiri tak tahu apew yang aku rasa.
Sedih?? YES.. of coz lew sedih. Aku dah mula adew family kat sini, dah mula adew bestfriend, dah mula adew ramai kawan. Semua aku kena tinggal kat bumi Kedah and aku lak akan balik ke Kelantan. Jauh terpisah dari semua member yang laen.
Bapak sedih giler siott!!!
Neyh aku adew nak bagi wasiat sikit untuk:
  • ROOMATES AKU
  • ROOMATE KELIMA AKU, BELLA
  • VOLLEYBALL TEAMS
  • RIBBONGIRLS
  • SI HENSEM
  • MY FREN,FARIS
  • SEMUA YANG AKU KENAL


To my Roomates,

My lovely roomates... Love you all...
Norma,Fatin and Era..
Sayang korang sangat2.. Thanks tuk semua selama setahun neyh..
Korang baik sangat2.. Tak sangka lak aku still boleyh dapat roomate syang sekepala dengan aku kat matrik neyh. Jangan lupa aku taw.. Suka sangat korang.. ;)
Norm, ko memang roomate yang always ceriakan bilik. memang sikap ko yang taleyh nak stop cakap tuh banyak wat bilik kita hingaq! hahahha..
Fatin, neyh first time duk hostel kan? Harap2 pengalaman dapat roomates macam neyh dapat bagi pengalaman yang baik untuk kamu. Thanks Ten for being very nice to me..
Era, neyh yang paling sengal. Memang sangat sekepala dengan aku. thanks Era for everything.. Nice to know you dear..

To Bella..
Bella.. boodark tembam pipi chubby.. hahahaha
Neyh dia roomate tambahan aku.. Very cute girl.. thanks for being my extra roomate.. hehhehe..
ko dah banyak ajar aku benda2 baru, especially about cara nak pakai shawl, pakai ribbon, and macam2 ar..
thanks jugak sebab selalu jadi pendengar yang setia bila aku adew masalah. jasa ko memang takkan aku lupa*ayat taleyh blah btol!.. semoga berjaya jadi Engineer yang cute.. and happy dengan Danish..;)

To VolleyballTeams..


Thank to En.Azalan and En.Zack..
Natrah, Junaidiana,Wani,Ana,Natiqah,Azie,Intan,Kak Tengku, Ieyra..
Team yang sangat best.
Aku ingat agey dulu, time mula2 join team KMK, aku rasa cam bosan gila men dengan korang tapi sekarang, aku rasa 24jam nak duk jew kat court merah hijau tuh. Setiap hari kita maen, *walopon kalah kat KAKOM.. hahah.. tapi sekarang kita dah jadi makin hebat. semua bola yang dispike menjadi..

Putera Emas KAKOM10
Sham,Udin,Asyraf,John,Abu,Assuwan,Hayat,Azrul,Ikhwan,arwah Fakhrul..
Al-Fatihah untuk arwah Fakhrul..
Thanks guys.. korang memang sangat baik.. seronok kenal dengan korang semua.. Memang macam2 ragam adew kan.. tapi papewpown, korang laki2 terawal yang aku rapat kat KMK neyh.. Semoga pasni boleyh jumpa agey. Maybe join mane2 tournament kew kan.. hehhehe..;)

To RibbonGirls,

Sayang korang semua sis!
Thanks semua.. Siblings yang paling ramai pernah aku adew, yang paling aku sayang and yang paling sengal pernah aku jumpa. semua memang geng yang best.
Aku tak tahu macam mane nak berpisah dengan korang semua..;( 
Aku sayang korang sangat2.. Arap2 pasni kita still boleyh jumpa. Aku memang akan rindu korang semua. 
Pasni takde dah semua neyh..kumpul ramai2 untuk:
  • tidur share dua katil untuk 9 orang
  • makan same2
  • maen sama2
  • pergi ATM same2...hahha!
  • pergi dating same2..gatal!
  • celebrate burfday dengan benda2 gila*sweet moments beb!
  • study same2 kat library*walopon study just 1/2 jam and SEMBANG jew... hahhaha!
  • lepak sampai 5-6 pagi
  • gaduh same2 *especially along and acue..
  • tangkap gambo dengan gaya yang gila2.. *semua gila kamera..
Memang masa kita form group neyh dah lewat tapi banyak gila sweet memories untuk kita ingat. Baru jew kenal then terus rapat. Aku memang takkan lupa korang semua sis! yang paling penting, NAK KAWEN NANTI KORANG SEMUA WAJIB JEMPUT SEMUA SIBLINGS.. hehehhe..
Kalau boleh aku taknak jumpa korang time nak balik sok sebab aku taknak nanti aku nangis teruk.... ;(

To Si Hensem,

Neyh lew Si Hensem yang saya sangat sayang...
Thanks yew Hensem..
Ko budak laki yang sangat baik seyh! That's why aku suka ko sangat2. Aku akan jadi friend terbaik ko. Happy sangat dengan ko walopon just untuk 3 minggu. Memang ko terbaik ar! Banyak gila bagi aku nasihat and ubah aku jadi sorang yang agak baik ar.. hehhe...
Aku akan ingat semua pesanan ko. Takkn lupa ko ar dude!
Ko pown jangan lupa contact aku macam bese okeyh!
Aku doakan ko happy and berjaya pikat si dia tercinta. hehehhe.. Chaiyokk! Chaiyookk!
SORRY sangat2.. sebab dua tiga hari neyh aku terpaksa buat muka macam orang happy gila depan ko. Actually, semua tuh FAKE! aku terpaksa senyum sebab tuh yang ko nak tengok.. sorry erk.. Aku memang tak mampu nak senyum dengan ikhlas..

To Faris..

Neyh kawan aku yang paling cute.. Engku Faris..
Abang Klon Zizan.. hehhehe..
Thanks Frais.. suka sangat kawan dengan ko.. Baru jew kenal tak sampai tiga bulan pown kan. Time gi KAKOM dulu tak pernah lak perasan.. hehhe.. Papewpown, Thanks sebab dah tolong aku dengan Si Hensem dulu. Kalau tak sebab ko, kitorang takkan contact. hehehe..
Goodlux yew cute.. ko baik sangat and perangai ko memang selalu wat orang happy..;)

To Semua Yang Aku Kenal and Berkaitan Tapi Tak Disebut..
Cehh... macam name lam citer Harry Potter lak kan...;)
Sorry lew.. aku tak mampu nak sebut semua kat blog neyh.. korang jangan lew sedih2 erk.. Aku takkan lupa korang nyew.. Semua aku nak say THANKS SO MUCH sebab korang semua baik sangat dengan aku. Hopefully nanti adew agey masa tok kita semua jumpa kan...;)
LOVE YOU ALL..
Esok aku nak balik dengan semua sweet memories neyh.. Thanks KMK.. Thanks semua.. Sorry semua salah silap aku sepanjang dengan korang. Halalkan semua makanan, barang2 yang aku pinjam or papew jew.. thanks once again..;)


BUBYE KMK.. 
p/s: Taip entry neyh sambil nangis2.. Wat touching pew entah aku neyh.. hahah!
Papai..